Samsung Elektronik: $7 billion Dolar Bakal Dilabur Untuk Meningkatkan Pengeluaran Cip NAND

48

Hari ini, syarikat gergasi daripada Korea Selatan menyatakan, Samsung Elektronik Co Ltd dijangka akan melaburkan sehingga $7 billion dolar sepanjang tiga tahun ini untuk mengembangkan pengeluaran cip memori NAND di kawasan bandar Xi’an.

Dalam pendokumtasian regulasi oleh Samsung, mereka telah meluluskan pelaburan sebanyak $2.3 billion daripada jangkaan $7 biliion dolar.

Pada awal bulan Julai yang lepas, Samsung telah mengumumkan pelaburan bernilai $18.6 billion di Korea Selatan, dan mereka turut menyatakan akan melakukan penambahan pada operasi pengeluaran NAND di Xi’an. Namun tiada jumlah yang ditetapkan pada pengumuman tersebut.

Jurucakap Samsung Elektronik tidak memberi sebarang maklum balas berkenaan kapasiti yang bakal ditambah dan diluluskan serta bagaimana pelan pelaburan yang telah dipersetujui.

Berdasarkan laporan data kajian IHS, hasil pendapatan syarikat daripada cip memori NAND seluruh dunia bagi bulan April-Jun mencapai 38.4 peratus.

Penganalisis berkata, negara China cuba untuk mengeluarkan cip memori buatan sendiri, namun mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk diselesaikan sebelum mereka mula bersaing dengan pengeluar sedia ada

Samsung Elektronik juga berkata perkembangan pada cip memori ini telah berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun kedua, dan dijangka akan berterusan untuk suku tahunan (Julai-September) seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat