Pasaran Kecewa Yellen Tidak Menyebut Tentang Polisi Monetari

58

Janet Yellen tidak membuat sebarang komen tentang polisi monetari atau ekonomi Amerika Syarikat dalam ucapan beliau yang ditunggu-tunggu di Jackson Hole pada Jumaat.

Dalam ucapan yang bertajuk “Financial Stability a Decade after the Onset of the Crisis”, Yellen yang juga pengerusi The Federal Reserve lebih fokus kepada sebarang perubahan terhadap regulasi pasaran kewangan hendaklah “sederhana” dan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam mandat bank pusat.

Ucapan Yellen pada Jumaat boleh diklasifikasikan sebagai mempertahankan regulasi sejak krisis kewangan 2008 dan amaran kepada pengubahan kepada regulasi ini.

“Disebabkan perubahan inilah mengukuhkan sistem kewangan, dan menyokong polisi monetari dan polisi-polisi yang lain, adanya kredit dengan baik, dan pemberian pinjaman semakin kukuh secara keseluruhan sejak beberapa tahun lalu.. ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi yang kukuh hari ini,” kata Yellen dalam ucapannya pada Jumaat.

Federal Reserve komited untuk menilai di mana perlunya perubahan dan di mana perlunya penambahan bagi mengekalkan kekukuhan sitem kewangan,” tambah beliau.

Dalam ucapannya pada Jumaat, Pengerusi The Fed Janet Yellen tidak menyebut sekali pun tentang polisi monetari di masa hadapan sama ada inflasi, kadar faedah atau penyata imbangan di dalam dokumen yang mempunyai 15 muka surat.

Hal ini telah menyebabkan kejatuhan US dolar berikutan pasaran sebelum ini menjangka Yellen akan mengumumkan pengurangan penyata imbangan di dalam mesyuarat 20 September. Selain itu, pasaran juga sebelum Jackson Hole telah menjangka Yellen akan memberi komen tentang perancangan kenaikan kadar faedah di masa hadapan. Disebabkan jangkaan ini, pasaran dilihat kecewa dan menyebabkan kejatuhan US dolar pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat