Seiring Peningkatan OPR, Bank Utama Malaysia Turut Naikkan Kadar Pinjaman

415

‘Harga minyak naik, OPR naik, kadar di bank-bank pun naik. Semua benda nak naik sekarang ni.’

Keputusan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada 6 Julai semalam turut mendorong bank-bank utama tempatan meningkatkan kadarnya.

Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Banking Group mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas.

Menerusi kenyataan dari pihak Maybank, bermula 8 Julai BR akan disemak semula pada 2.25% dari 2% sementara BLR dinaikan 5.9% setahun dari 5.65%.

Selain itu, kadar deposit tetap  Maybank dan Maybank Islamic turut ditetapkan semula untuk meningkat bermula 8 Julai.

Bagi pihak RHB pula, BR dan BLR bank tersebut akan mengalami peningkatan 25 mata asas berkuatkuasa 13 Julai.

Dijelaskan bahawa RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan BR sebanyak 3% daripada 2.75% sementara BLR menjadi 5.95% berbanding 5.70% dan kadar deposit tetapnya juga akan disemak semula.

Umumnya, perubahan terhadap OPR sangat mempengaruhi kadar di setiap bank.

Peningkatan tekanan inflasi global telah memaksa bank-bank pusat di seluruh dunia untuk bertindak menaikkan kadar walaupun terdapat risiko kemelesetan besar terhadap ekonomi.

Di Malaysia, BNM telah bertindak menaikkan kadar sebanyak 2 kali berturut-turut tahun ini dari 1.57% hingga ke yang terbaharu pada 2.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat