Seriuslah Google Selama Ni Dominasi Pasaran Secara Haram?

258

‘Alamak, adakah ini bermakna yang selama ini pengguna guna website haram?’

Google milik Alphabet Inc bakal berdepan saman pada September oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan bahawa syarikat mendominasi pasaran pengiklanan digital secara haram.

Perkara ini didedahkan oleh beberapa sumber yang tidak mahu identiti mereka dikenali, dengan mengatakan DOJ sedang giat menjalankan siasatan menyeluruh termasuk melakukan beberapa siri temu bual dalam pengumpulan bukti.

Sungguhpun begitu, kesahihan perkara ini tidak dapat ditentukan ekoran DOJ dilihat enggan mengulas lanjut mengenai perkara sebenar.

Akan tetapi DOJ dan Google masih turun naik mahkamah sejak 2020 selepas terdapat aduan mengenai teknologi iklan milik syarikat menguasai pasaran carian (search engine) secara haram dengan melanggar undang-undang antitrust.

Ia adalah rentetan daripada desakan kerajaan persekutuan dalam usaha mereka mengekang platform gergasi teknologi AS selepas sedekad pengawal selia dilihat kurang mengambil tindakan berkenanan perundangan antitrust.

Menyingkap isu operasi pengiklanan digital Google, ia boleh dijejaki sejak zaman pentadbiran bekas Presiden Donald Trump lagi.

Ketika itu syarikat juga pernah disaman peguam negara atas perniagaan pencariannya dengan mendakwa Google menggunakan tawaran pendedahan eksklusif dengan membawa nirwayar dan pembuat telefon untuk menghalang persaingan.

Sebagai respon, pihak Google mengatakan teknologi iklan mereka akan membantu website dan aplikasi membiayai kandungan mereka selain mencari pelanggan untuk perniagaan kecil.

Ulas jurucakap yang bernama Peter Schoottenfels lagi, persaingan dalam pengiklanan online telah menjadikan iklan dalam talian lebih releven serta mengurangkan yuran teknologi dan perluaskan pilihan bagi penerbit iklan.

Suka diingatkan bahawa Google mengawal hampir 28.6% daripada $211.2 bilion dalam perbelanjaan iklan digital AS tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat