Siuuu! Saham Syarikat David Beckham Dibeli Dengan Nilai US$269 Juta

1,257

Siuuuu!

Authentic Brands Group Inc membayar US$269 juta bagi membeli pegangan majoriti saham syarikat bekas pemain bola sepak David Beckham, DB Ventures LLC.

Pembelian tersebut menyaksikan Authentic Brand mendapat 55% kepentingan dalam syarikat salah seorang atlet berprofil tinggi dunia itu yang turut menawarkan jam tangan berjenama Tudor.

Authentic Brands merupakan cabang Jamie Salter yang diasaskan pada 2010. Ia telah bekerjasama dengan beberapa pusat membeli-belah dan peruncit seperti Aeropostle Inc dan Brooks Brother daripada muflis.

Kemudian pada bulan Ogos, mereka telah membeli jenama kasut Reebook daripada Adidas AG pada harga US$2.5 bilion.

Authentic Brands telah memfailkan untuk diumumkan pada tahun lepas namun menangguhkan rancangan tersebut selepas bersetuju pada November untuk menjual 25% kepentingan kepada CVC Capital Pertners dan HPS investment Pertners dalam perjanjian penilaian kumpulan pada US$12.7 bilion termasuk hutang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat