Tahun Baru Hidup Baru, Elon Musk Ada Teman Wanita Baru!

1,717

‘Marah Sis Kripto masa penulis beritahu dia Elon Musk ada cinggey baru.’

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon kelahiran Australia, Natasha Bassett.

Elon Musk, 51, dikatakan sedang bercinta dengan Natasha Bassett, 25, selepas mereka berdua didapati keluar bersama-sama daripada jet peribadi milik jutawan terkaya dunia itu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Memetik sumber daripada Hollywood Life, pasangan tersebut dikatakan sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan dan perhubungan mereka bersandarkan *monogami.

*Monogami adalah satu bentuk perhubungan di mana seseorang individu itu hanya mempunyai satu pasangan sepanjang hayat mereka.

Tambah sumber itu lagi, Bassett merupakan seorang pelakon kelahiran Australia yang pernah belakon dalam cerita Britney Ever After, Hail, Caecer dan bakal membintangi filem biografi Elvis Presley.

Umum mengetahui sebelum ini Elon Musk pernah bercinta dengan penyanyi Kanada, Grimes dan pasangan itu memiliki seorang anak ketika menjalin hubungan, yang diberi nama X Æ A-Xii.

Pasangan itu telah berpisah selepas 3 tahun menjalinkan hubungan dan buat masa ini sumber kuat menyatakan Grimes dan X Æ A-Xii masih tinggal bersama dengan Musk di Texas.

Sebagai ringkasan, ini bukan kali pertama Musk menjalinkan hubungan dengan pelakon wanita, di mana sebelum ini beliau pernah bercinta dengan pelakon AS, Amber Heard.

Selain itu, Musk juga pernah berkahwin sebanyak 3 kali, 2 kali bersama pelakon Talulah Riley, dan sekali bersama isteri pertamanya, Justine Musk yang mana mereka memiliki 5 orang anak bersama.

Suatu masa dahulu ketika ditemubual oleh Rolling Stone, Musk berkata yang beliau lebih suka untuk menjalinkan hubungan jangka panjang sahaja dan beliau menambah bahawa dia tidak boleh untuk tidur berseorangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat