Tak Main la Billionaire, Elon Musk Bakal Jadi Trillionaire Pada 2024!

22,150

‘Eeww, apa barang setakat billionaire je. Elon Musk bakal jadi individu pertama tukar status kepada trillionaire. Anda macam mana?’

Elon Musk, manusia terkaya dunia, dilaporkan akan mencapai status trillionaire menjelang tahun 2024 berdasarkan nilai bersih semasa yang diperolehi dari Tesla Inc dan SpaceX miliknya.

Memetik sumber dari Yahoo Finance, laporan yang dikeluarkan oleh Tipalti Approve menyatakan berdasarkan nilai bersih semasa Musk yang melebihi US$200 bilion, mereka menjangkakan menjelang 2024 nanti beliau akan menjadi manusia pertama di dunia yang mencapai status trillionaire.

Berdasarkan data, setakat pertengahan Januari tahun ini, nilai bersih Musk berada pada $263 bilion dan kekayaannya datang dari syarikat kereta eletrik Tesla serta projek SpaceX yang mendorong nilai kekayaannya memasuki 12 angka.

Dalam laporan itu juga ada menyatakan sejak 2017, kekayaan Musk dalam setahun secara purata meningkat sebanyak 129% maka ia menambah potensi untuk beliau mencapai status trilionaire dengan nilai sebanyak $1.38 trillionaire pada usia 52 tahun.

Laporan itu turut menyebut bahawa SpaceX merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan Musk, di mana ia mengenakan bayaran kepada pelanggan dari sektor kerajaan dan komersial untuk menghantar pelbagai barangan di angkasa termasuk satelit, bekalan kepada ISS dan manusia.

Selain Musk, dalam senarai tersebut turut menyatakan beberapa nama billionaire lain yang mungkin mencapai status sama.

  • Gautam Adani, pengerusi dan pengasas syarikat konglomerat Adani Group.
  • Bill Gtaes, pengasas Microsoft.
  • Zhang Yiming, pengerusi dan mengasas ByteDance Technology.
  • Jeff Bezos, bekas ketua pegawai eksekutif Amazon.

Dalam pada itu, Zhang Yiming diramalkan akan menjadi trilionaire termuda dunia pada usia 42 tahun menjelang 2026.

Laporan Tipalti Approve dikatakan setakat ini tidak pernah salah dalam membuat sebarng ramalan. Sebagai contoh ia pernah meramalkan Jeff Bezos mencapai nilai $1 bilion menjelang 2017, pertama sejak Bill Gates pada 1999.

Maka mari kita sama-sama saksikan lagi 2 tahun adakah ramalan ini benar atau sekadar ramalan sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat