Tealive Diarah Tutup Seluruh Malaysia Kerana Langgar Kontrak Pemilik Chatime

2,783

Tealive jenama penyedia minuman terkenal di Malaysia diarahkan menutup semua operasinya oleh Mahkamah Rayuan pada hari ini. Sepatutnya, penutupan ini dibuat oleh pemilik Tealive pada 27 Jun dan mahkamah sekali lagi telah menolak supaya Tealive terus beroperasi dan semua cawangannya perlu ditutup serta-merta.

Pasti ramai yang tidak menyedari kehadiran Tealive sejak tahun lalu dan pasti anda juga perasan Tealive ini sama konsep perniagannya seperti Chatime.

Persoalan timbul, ke mana hilangnya Chatime?

Jawapannya, Tealive itu adalah Chatime yang dahulu, cuma telah dijenamakan semula oleh syarikat Loob Holding Sdn Bhd.

Apa pula kaitan Chatime dan Tealive?

Untuk pengetahuan anda Chatime dimiliki oleh La Kaffa International Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan, manakala Tealive yang dijenamakan semula adalah milik Loob Holding Sdn Bhd.

Perubahan jenama daripada Chatime sebelum ini kepada Tealive bersangkut paut dengan tindakan La Kaffa yang menamatkan kontrak francais terhadap Loob Holding. Oleh sebab itu, untuk Loob Holding meneruskan perniagaannya, nama Tealive digunakan untuk menggantikan Chatime pada Februari 2017.

Sejak daripada itu, outlet kedai Tealive berkembang dengan pesat sehingga mencecah 161 kedai di seluruh Malaysia. Malah dilaporkan, Loob Holding sedang merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara termasuk Thailand, Vietnam dan Australia.

Mahkamah Arah Tealive Ditutup

Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Loob Holding menutup kedai-kedai Tealive miliknya apabila diputuskan bersalah terhadap La Kaffa.

La Kaffa menyatakan bahawa Loob Holding telah melanggar perjanjian di bawah Seksyen 27 Akta Francais 1998 yang mana operasi Tealive harus ditutup.

Ada dua perjanjian yang telah dilanggar oleh Loob Holding iaitu menangguhkan bayaran royalti dan juga menggunakan bahan-bahan yang tidak diluluskan oleh La Kaffa.

Namun, pemilik Loob Holding Bryan Loo tidak mahu berputus asa dan kedua-dua pihak akan menyelesaikan perkara ini secara ‘Arbitration’ di Singapura pada penghujung tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat