Terkejut Dengan Kenyataan Yellen, Emas Terjun

2,022

Emas didagangkan lebih rendah susulan kenyataan mengejutkan daripada Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen yang mengatakan kadar faedah harus dinaikkan.

Pada sesi Asia, emas diniagakan sedikit meningkat di sekitar harga $1,780 per auns, selepas menjunam rendah pada sesi sebelum ini.

Bercakap dalam webinar yang dihoskan oleh The Atlantic, Yellen memberi amaran bahawa kadar faedah perlu dinaikkan untuk menghentikan ekonomi AS daripada ‘overheat’.

Kenyataan Janet Yellen ternyata berbeza dengan pernyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang mengatakan kadar faedah AS tidak akan meningkat untuk beberapa waktu.

Walaupun kenyataan Yellen hanya sebagai pandangan beliau sebagai bekas Pengerusi Fed, pelabur melihat situasi ini sebagai petunjuk kebarangkalian untuk kadar faedah di AS ditingkatkan.

Hal ini telah menyebabkan kemerosotan dalam indeks pasaran saham AS dan mendorong peningkatan US dolar.

Sementara harga emas yang pada mulanya melonjak tinggi, terjun semula ke sekitar paras harga $1,755 dari $1,799 per auns ketika sesi New York, menyebabkannya gagal menembusi paras harga $1,800.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat