Tesla Kena Serang Dengan Penggodam Bitcoin!

758

Seorang warganegara Rusia dan beberapa orang rakannya telah melakukan serangan ransomware besar-besaran terhadap Tesla tanpa menyedari bahawa sasaran mereka telah pun berjaya mengesan mereka.

Pada minggu lalu, United States Federal Bureau Investigation (FBI) melepaskan aduan jenayah terhadap seorang konspirator dalam plot ransomware yang digagalkan terhadap pembuat kereta elektrik Tesla.

Pada 22 Ogos, FBI telah memberkas seorang warga Rusia berusia 27 tahun, Pavel Kriuchkov di Los Angeles, yang didakwa menghabiskan masa beberapa bulan di Amerika Syarikat dalam usaha untuk merekrut kakitangan Tesla di laman firma Gigafactory Nevada itu untuk bersekongkol dengan kegiatan jahatnya.

Di samping itu, kegiatan tersebut menjanjikan insentif yang menguntungkan iaitu melibatkan rasuah sebanyak $ 500,000, yang kemudiannya meningkat kepada $ 1 juta. Bayaran pendahuluan kecil harus dibayar ke dompet Bitcoin (BTC) staf, dipasang menggunakan penyemak imbas Tor untuk mengelakkan pengesanan.

Seterusnya, staf diminta untuk membantu pemasangan serangan malware yang disasarkan terhadap Tesla. Ianya melibatkan serangan gangguan perkhidmatan, diikuti dengan penyebaran data syarikat sensitif.

Kegiatan tersebut adalah untuk menjadikan Tesla sebagai tebusan di bawah ancaman berkaitan isu membuang maklumat secara terbuka dan Kriuchkov akan meminta wang tebusan sebanyak $ 4 juta.

Namun, rancangan tersebut telah digagalkan kerana staf yang terlibat telah mendedahkannya kepada Tesla lalu syarikat berkenaan mengemukakan laporan kepada FBI.

Segalanya telah disiasat oleh ejen FBI. Mereka mengumpulkan maklumat mengenai operasi dan eksploitasi lain sebelum persiapan untuk serangan siber itu dilakukan.

Lebih mengejutkan ialah, salah seorang penggodam yang pakar dalam penyulitan, adalah seorang pegawai bank berjawatan tinggi di Rusia. Selain itu, Kriuchkov turut dibayar $ 250,000 untuk usaha perekrutannya.

Pada 21 Ogos, beliau telah memaklumkan kepada staf Tesla bahawa serangan itu ditangguhkan sehingga suatu hari nanti, dan dia akan meninggalkan Nevada pada keesokan harinya. Setelah ditangkap di Los Angeles pada 22 Ogos, dia kini berada dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan.

Walaupun Tesla tidak disebut secara jelas dalam aduan jenayah FBI, laman berita Tesla, Teslarati telah mengesahkan bahawa syarikat itu adalah sasarannya. Bahkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk turut mendedahkannya dalam laman twitter beliau bahawa serangan tersebut merupakan hal yang sangat serius.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat