Tidak Penat Mendaki! Minyak Mentah Naik Tinggi Lagi

418

Pengukuhan harga minyak mentah berterusan pada Selasa, dengan dagangan minyak mentah Brent meningkat menembusi paras harga $80 setong pada sesi Asia.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $80.20 setong, menguat di tahap tertinggi tiga tahun setelah meningkat 1.8% pada sesi sebelum ini.

WTI Amerika Syarikat pula didagangkan lebih kukuh di sekitar harga $76 setong, tahap paling tinggi sejak Julai selepas melonjak 2% pada sesi dagangan Isnin.

Menurut penganalisis, sentimen pasaran minyak terus menguat di tengah kekurangan penawaran dan pemulihan permintaan di kebanyakan negara seluruh dunia.

Terbaru, kerajaan Jepun dikatakan akan memohon persetujuan penasihat untuk menamatkan keadaan darurat di semua wilayah pada 1 Oktober berikutan penurunan jumlah kes baru Covid-19 dan tekanan terhadap sistem kesihatan yang berkurang.

Sementara itu, beberapa negara anggota OPEC sedang bergelut untuk memenuhi peningkatan tahap kuota mereka yang telah ditetapkan oleh OPEC+ sebelum ini.

Pengeksport minyak Nigeria dan Angola memberi amaran bahawa mereka mungkin tidak dapat memenuhinya sehingga sekurang-kurangnya tahun depan disebabkan masalah penyelenggaran yang terus mengganggu pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat