Trump Ingin Buka Semula Ekonomi – Garis Panduan Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat?

422

Presiden A.S. Donald Trump pada hari Khamis telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang merancang untuk mengumumkan garis panduan baru untuk membuka kembali ekonomi setelah pentadbiran AS mengambil keputusan untuk menghadkan aktiviti ekonomi selama sebulan berikutan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, cadangan ini dikhuatiri oleh sebahagian pihak terutamanya daripada pakar kesihatan yang mengkhuatirkan kes jangkitan akan bertambah meningkat.

Trump mengumumkan keputusannya bagi mendesak negeri-negeri dalam negara agar memembatalkan perintah berkurung dan sekatan lain yang dikenakan pada bulan lalu. Perintah berkurung telah diperintahkan bertujuan untuk menghadkan penularan wabak Covid-19. Setakat ini US telah melaporkan 638,000 kes jangkitan dan seramai 30,000 orang telah menemui kematian akibat Covid-19.

Perintah berukurung oleh pentadbiran yang telah menghadkan aktiviti ekonomi  secara tidak langsung telah menghantarkan ekonomi AS kepada tahap yang terlemah sejak Great Depression, hampir satu abad yang lalu. Seramai 20 juta orang Amerika Syarikat telah membuat penuntutan faedah pengangguran sejak sebulan yang lalu dan hal ini telah mendorong kadar pengangguran AS meningkat kepada 8.2%.

Disis lain, jualan runcit A.S telah mencatat penurunan terbesar dalam pengeluaran kilang pada bulan Mac sejak tahun 1946.

Pada hari Rabu, Trump mengatakan data menunjukkan bahawa kes-kes baru telah sampai puncak dan para pemimpin industri telah memberi input yang baik tentang bagaimana untuk menjana semula ekonomi dengan selamat. Walaubagaimanapun sebahagian membantah agar ekonomi tidak dibuka semula kecuali keselamatan pekerja dapat dijamin.

Menurut setiausaha Rumah Putih Kayleigh McEnany bahawa, pentadbiran AS berada pada posisi yang kukuh dan beliau yakin dengan panduan yang akan dikeluarkan akan selari dengan pandangan para pakar.

Pada ketika ini, Rumah Putih mengarahkan supaya rakyat Amerika untuk mengelakkan pergerakan yang tidak penting dan tidak terlibat dalam perhimpunan yang melebihi 10 orang yang berkuatkuasa sehingga 30 April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat