Trump: Perancangan Lengkap Percukaian Akan Dikeluarkan Minggu Hadapan

58

Presiden Donald Trump menyatakan, jika kongres meluluskan pelan reformasi kod-cukai beliau, isi rumah di Amerika Syarikat secara purata dapat menjimatkan $4000 pembayaran cukai.

Menurut Trump penjimatan itu adalah hasil daripada pengurangan kadar cukai keatas individu dan syarikat yang meletakkan keuntungan mereka di luar negara. Anggaran ini dibuat oleh ahli penasihat ekonomi (Council of Economic Advisor) yang merupakan agensi kerajaan di mana majlis penasihat ini dijangka  akan mengeluarkan perancangan percukaian yang lengkap pada minggu hadapan.

Di bawah pelan ini, julat cukai (tax bracket) akan dikurangkan daripada 7 kepada 3. Kadar cukai individu bersamaan 12%, 25% dan 35% akan dikenakan mengikut paras pendapatan, manakala cukai korporat akan dikurangkan daripada 30% (kadar paling tinggi di dunia) kepada 20%.

Trump berjanji akan mempermudahkan pembayaran cukai untuk rakyat U.S dan pemotongan cukai yang banyak bagi golongan berpendapatan sederhana. Beliau juga menyatakan bahawa pelan cukai ini akan menjana pertumbuhan ekonomi U.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat