Trump Syok Sendiri!

1,141

Calon presiden demokratik, Joe Biden telah memberi amaran bahawa beliau tidak akan membiarkan Presiden Donald Trump mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya esok sebelum keputusan rasminya.

Selain itu, beliau juga mengecam usaha penyokong Trump untuk menakut-nakutkan penyokong Biden, termasuk insiden pada Jumaat lalu di lebuh raya Texas dan penutupan sebahagian Taman Negeri Parkway New Jersey awal semalam.

Hal ini berikutan dengan laporan bahawa Trump telah memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau ingin mengumumkan kemenangan lebih awal jika keputusan undian menunjukkan beliau berjaya mengatasi Biden walaupun hasilnya belum rasmi.

Walau bagaimanapun, Trump telah menafikan laporan itu, tetapi mengkritik penghitungan undi yang lewat tiba serta mengyifatkannya sebagai suatu perkara yang mengerikan dan mengatakan bahawa kempennya bertujuan untuk memerangi isu berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang negara berkenaan telah melarang pungutan undi sebelum pukul 7 pagi pada Hari Pilihan Raya dan ianya merupakan suatu peraturan yang diperjuangkan oleh Demokrat tetapi Republik, mengharapkan yang sebaliknya.

Persoalannya, siapakah yang bakal bergelar Presiden Amerika Syarikat pada hari esok? Adakah Trump berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai presiden negara kuasa besar dunia itu atau bakal menangisi kekalahannya dalam pilihan raya negara berkenaan?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat