Trump Tandatangan Perjanjian, Dalam Usaha Hasilkan Ubatan Sendiri!

457

Menurut sebuah laporan, Amerika Syarikat telah menandatangani sebuah kontrak bernilai $354 juta dolar dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Phlow Corp untuk menghasilkan ubatan dan bahan farmasi yang diperlukan oleh negara tersebut untuk merawat COVID-19. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha negara kuasa besar tersebut untuk memindahkan sektor pembuatan farmaseutikal ke Amerika Syarikat dari luar negara.

Untuk pengetahuan semua, Phlow Corp merupakan sebuah syarikat pembuat ubat yang berpusat di Virginia serta menghasilkan ubat di luar negara, kebanyakannya di India dan China.

Dalam sebuah kenyataan, penasihat perdagangan Trump berkata perjanjian tersebut merupakan sebuah titik perubahan bersejarah yang mendorong Amerika Syarikat untuk menerajui rangkaian pengeluaran dan bekalan farmasi.

Biomedical Advanced Research and Development Authority, bahagian dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat telah memberikan kontrak selama 4 tahun kepada Phlow Corp. Berdasarkan perjanjian itu, syarikat tersebut akan memimpin pasukan entiti sektor swasta yang merangkumi Civica Rx, Ampac Fine Chemicals, dan Medicines for All Institute bagi menghasilkan ubatan tersendiri.

Tambahan daripada itu, kontrak itu didakwa boleh dilanjutkan dengan jumlah $ 812 juta selama 10 tahun, menjadikannya salah satu penghargaan terbesar dalam sejarah pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, kesemua pihak yang terlibat tidak mahu memberikan apa-apa respon berhubung isu tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat