Tsunami Covid-19 Di India, Harga Minyak Junam

335

Harga minyak jatuh untuk hari ketiga berturut-turut, dihimpit oleh kebimbangan pasaran terhadap kebangkitan semula kes Covid-19, terutamanya di India, dan peningkatan ketara dalam bekalan minyak mentah AS.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut ketara pada $64.57 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula jatuh pada $60.77 setong.

Kedua-dua penanda aras jatuh lebih 2% pada hari Rabu, dan setakat minggu ini, ia telah turun lebih 3%.

Bekalan minyak mentah AS, tanpa dijangka meningkat lebih tinggi pada minggu lalu dengan kenaikan sekitar 600,000 tong, lapor Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Dengan kenaikan yang dicatatkan ini, pasaran bimbang terhadap permintaan minyak mentah akan terjejas berikutan peningkatan kes coronavirus yang kembali meledak di beberapa negara.

India, pengguna minyak ketiga terbesar dunia, mencatatkan lebih 200,000 kes setiap hari dalam tempoh satu minggu. Malah, angka-angka yang dicatatkan juga tidak menunjukkan tanda untuk mereda. Terbaru, lebih 300,000 kes telah dilaporkan pada hari Khamis.

Sementara di Jepun pula, pengimport minyak keempat terbesar di dunia, sedang mempertimbangkan keadaan darurat bagi Tokyo dan Osaka susulan jumlah kes baru yang meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat