Ulasan Penggerak Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (21-25 Mei)

291

Matawang NZD (Kiwi) didagangkan bercampur-campur pada minggu ini yang mana serupa dengan pergerakan pada minggu lalu. Berbanding dengan minggu lalu di mana Kiwi merekod kerugian bersih (jatuh), minggu ini Kiwi dijangka ditutup dengan mencatat kenaikan.

Jika dibandingkan dengan pergerakan AUD, Kiwi dilihat lebih tak sejajar apabila melihat kepada kesemua pair NZD. Hal ini membuktikan bahawa pair NZD juga banyak digerakkan oleh pasangan matawangnya. Contohnya pair NZD/CAD lebih banyak digerakkan oleh matawang CAD yang mana faktor berita atau data ekonomi dari Kanada yang lebih banyak menggerakkan pair NZD/CAD.

Seperti yang dapat dilihat, Kiwi memulakan dagangan dengan baik pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang baik ketika itu khususnya dalam sesi London.

Sentimen menjadi kurang baik dalam sesi Asia pada Selasa yang menyebabkan matawang NZD tertekan. Namun, NZD membuat kenaikan semula dalam sesi London apabila sentimen beransur pulih.

Kiwi kemudiannya tertekan walaupun terdapat berita bahawa Kesatuan Eropah bersetuju untuk memulakan rundingan dagangan bebas bersama Australia dan New Zealand. Kejatuhan ini berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan hasil-bon A.S. sekaligus pelaburan di Amerika dilihat lebih menarik.

Kejatuhan Kiwi lebih jelas pada sesi New York pada Selasa, apabila tercetusnya sentimen Risk-Off. Sentimen berisiko ini berlanjutan pada Rabu sehingga Khamis yang banyak disebabkan oleh Presiden Trump.

NZD dilihat menguat semula pada Jumaat apabila Kim Jong-Un berkata bahawa mereka terbuka untuk menyelesaikan isu dengan Amerika Syarikat selepas Presiden Trump membatalkan pertemuan mereka yang dijangka berlangsung pada 12 Jun di Singapura.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat