Ulasan Sidang Media Gabenor Carney Selepas Penetapan Polisi BoE

61

Bank of England (BoE)mengekalkan polisi monetari dengan kadar faedah 0.25% dalam pengumuman pada Khamis. Bank pusat juga mengeluarkan laporan inflasi suku-tahunan di mana ramalan pertumbuhan diturunkan menjadi lebih rendah.

Tiada perubahan kepada ramalan infalasi 2018 yang kekal di paras 2.6% dengan 2.2% pada tahun 2019.

Walaupun terdapat pemotongan dalam ramalan pengangguran kepada 4.5% pada 2018 dari 4.7%, namun ramalan pertumbuhan pendapatan diturunkan oleh bank pusat.

Gabenor BoE Mark Carney enggan mengulas tentang bilakah bank pusat akan menaikkan kadar faedah walaupun sebelum itu menegaskan, dua kenaikan kadar faedah dalam tempoh tiga tahun ini adalah tidak mencukupi.

Pihak BoE mengandaikan peralihan yang lancar dalam proses Brexit, di mana perancangan kontinjensi telah disediakan untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan.

Beliau juga dilihat yakin terhadap pertumbuhan global dengan pengukuhan pelaburan yang mana cenderung meningkatkan kadar faedah. Walaubagaimanapun, Carney masih melihat kelemahan pelaburan di UK.

Terdapat juga komen tentang tren perniagaan dan sektor eksport yang mampu memberi impak besar kepada perancangan kenaikan kadar faedah.

Sejak daripada pengumuman polisi monetari pukul 7 malam pada Khamis sehinggalah sidang media Carney pukul 7.30 malam, matawang GBP terus melemah berikutan tidak banyak perkara yang meyakinkan untuk bank pusat menaikkan kadar faedahnya dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat