US Dolar Catat Kemajuan Berbanding Matawang Lain-Pelabur Semakin Berhati – Hati!

420

Matawang US dolar menunjukkan pengukuhan berbanding matawang Euro dan Yen pada hari Isnin. Walaupun pertumbuhan matawang ini sedikit lemah namun ia merupakan satu petanda yang baik.

Para pedagang matawang Euro terutamanya lebih memberi tumpuan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis untuk melihat sama ada pembuat dasar akan memperkenalkan langkah rangsangan baru ketika ekonomi terus diancam risiko Covid-19.

Para pelabur ingini mengetahui langkah pembuat dasar yang seterusnya mengenai penstabilan pertumbuhan ekonomi di zon Eropah. Matawang euro setakat jam 12.15 a,m mencatat penyusutan berbanding US dolar iaitu pada bacaan 1.1816.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.058 setakat jam 12.15 a.m.

Disisi lain matawang pound terus jatuh menjunam selepas Perdana Menteri Boris Johnson beri ancaman dengan menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober.

Kedua-dua belah pihak tersebut masih bergelut dengan dua masalah utama dalam rundingan yang masih belum dapat diselesaikan iaitu perbezaan mengenai bantuan negara dan perikanan. Kemungkinan bahawa kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kesepakatan perjanjian membuatkan para pelabur semakin gusar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat