USD Dah Turun, Emas ‘Ready’ Nak Naik Semula

1,446

Dagangan emas kembali mencatatkan sedikit kenaikan setelah US dolar mula berundur dari paras ketinggian dua bulan berbanding matawang utama.

Logam berharga itu meningkat di sekitar paras harga $1,870 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,873 per auns (3.05 petang waktu Malaysia).

Ini disokong oleh keyakinan pelabur terhadap rangsangan fiskal baru setelah Demokrat di Dewan Perwakilan AS dilaporkan sedang mengusahakan pakej rangsangan coronavirus bernilai $2.2 trilion untuk diundi secepatnya minggu depan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian mengenai pakej rangsangan yang sedang diusahakan itu kerana rundingan sebelum ini juga terhenti disebabkan ketidaksefahaman antara Parti Demokrat dan Republik.

Malah, terdapat khabar angin bahawa sebarang pakej rangsangan baru tidak akan diluluskan sebelum berlangsungnya pilihan raya presiden pada 3 November.

Sementara itu, para pembuat dasar Federal Reserve, termasuk Jerome Powell yang membuat banyak penampilan umum minggu ini terus meminta kerajaan AS untuk memberikan lebih banyak sokongan fiskal bagi menyokong ekonomi negara.

Dalam pada itu, jumlah tuntutan faedah pengangguran AS yang diterbitkan malam tadi terus mencatatkan bacaan yang tinggi pada minggu lepas, membuktikan pemulihan dalam pasaran pekerjaan masih perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat