USD Melonjak! Apa Yang Terjadi?

593

US dolar terus meningkat pada sesi Eropah, walaupun kenaikan yang dicatatkan terbatas disebabkan jangkaan terhadap mesyuarat polisi FOMC yang mungkin kekal dengan pelonggaran monetari semasa.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar diniagakan meningkat di sekitar harga 91.00.

Keputusan dovish Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk mengekalkan dasar monetari semasa, telah memberi peluang buat US dolar menguat berbanding matawang yen, selain turut disokong hasil bon AS yang meningkat.

Sementara matawang euro pula sedikit susut pada $1.2066, tetapi masih didagangkan di sekitar paras tertinggi satu bulan yang disentuh pada Isnin, $1.2117.

Matawang pound turut menyusut dengan diniagakan di sekitar harga $1.38800 berbanding USD yang kembali meningkat.

Dengan ketiadaan data-data penting yang diterbitkan pada hari ini, kebanyakan matawang utama menyerahkan keuntungan kepada dolar greenback untuk meningkat.

Dolar Aussie juga kembali susut dari paras ketinggian enam minggu berbanding US dolar, terkesan oleh laporan daripada pengeluar bijih besi yang mengatakan mereka menjangkakan penawaran meningkat dan permintaan lebih rendah pada tahun ini.

Penerbitan data inflasi Australia bagi suku pertama 2021 pada sesi Asia esok, akan menjadi tumpuan utama pasaran yang dijangka akan menunjukkan bacaan tidak berubah seperti suku sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat