Zoom Rugi $100 Bilion!

990

Tatkala ramai yang bergembira kes Covid-19 menurun, ada yang berduka.

Zoom Video Communication Inc telah kehilangan hampir US$100 bilion sejak wabak Covid-19 semakin reda.

Syarikat persidangan video itu mencatat kemerosotan sebanyak 15% untuk ditutup pada paras terendah sejak Jun 2020.

Suku terbaharunya menunjukkan pertumbuhan yang perlahan apabila orang ramai mulai bersosial secara bersemuka yang mana turut menjejaskan saham Peloton Interactive Inc dan Teladoc Health Inc yang mana ketika tempoh lockdown mencatat kenaikan memberangsangkan.

Termasuk dalam kerugian hari Selasa, Zoom memperlihatkan kerugian sebanyak US$100 bilion susut daripada nilai pasarannya sejak mencapai kemuncak pada Oktober 2020 dengan mencatat penurunan sebanyak 64%.

Zoom dan Peloton telah mengembalikan sebahagian besar keuntungan mereka sejak bermulanya wabak serta mengalami gejala penarikan diri. Keadaan Teladoc lebih parah dimana sahamnya menyusut ke paras terendah Februari 2020 dimana ketika itu banyak syarikat mendapat mafaat daripada orang yang terperangkap di rumah semasa Covid akan berakhir.

Disamping itu, syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi boleh terjejas oleh hasil bon yang meningkat dek kecenderungan pengurangan nilai semasa keuntungan masa depan. Ini menyebabkan indeks Nasdaq 100 jatuh 0.5% pada hari Selasa menambah kepada penurunan 1.2% pada hari Isnin.

Walau bagaimanpun, sesetengah penganalisis berpendapat Zoom bakal bangkit semula dengan peluang untuk berkembang dalam komunikasi perusahaan dan penilaian yang jatuh. Dalam pada itu, penjualan Zoom baru-baru ini telah menurunkan penilaiannya kepada kira-kira 13 kali ganda jualan hadapan yang lebih murah daripada kebanyakan rakan teknologinya yang berkembang pesat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat