Zuckerberg Tampil Berani, ‘Monopoli’ Pasaran Untuk Kebaikan Sejagat!

135

‘Makin berani Zuckerberg membawa diri dia dalam menjustifikasikan pembelian.’

Sepanjang minggu ini, Meta Platform Inc dan Suruhajaya Perdagangan Persekutuan (FTC) berada di mahkamah untuk memberi keterangan tentang isu memonopoli industri realiti maya (VR).

Ketika memberi testimoni Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg tampil berani dengan mengatakan pemerolehan syarikat aplikasi kecergasan VR Within mampu merangsang pembangunan industri itu.

Terang beliau bahawa penyertaan Within dalam Meta boleh membantu syarikat itu menjadi perintis dalam kategorinya (kecergasan VR) dan ‘memacu syarikat lain untuk buat lebih baik dalam ruang industri yang sama’.

Ia kedengaran optimis memandangkan FTC sebelum ini bertindak menyaman Meta atas dakwaan pemerolehan itu akan mencetus monopoli dalam pasaran metaverse, selain melanggar peraturan anti-persaingan.

Turut mencuri tumpuan apabila peguam FTC, Abby Dennis menyoal Zuckerberg berkenaan testimoni awal yang diberikan CEO itu berkenaan pembinaan aplikasi sendiri oleh Meta berbanding pembelian platform luar.

Zuckerberg dengan tenang mengatakan bahawa kebanyakan syarikat termasuk Google dan Microsoft membina aplikasi sendiri untuk platform mereka tetapi tidak kurang juga ada yang membeli dari luar.

Hujahnya, Meta memberi tumpuan kepada aplikasi komunikasi serta interaksi sosial dan tidak merancang untuk membina setiap aplikasi tersendiri maka pemerolehan Within adalah perkara berbeza.

Umum mengetahui bahawa Meta tidak asing dalam pemerolehan syarikat-syarikat persaingnya seperti membeli Instagram dan WhatsApps.

Buat masa ini keadaan dilihat masih seimbang namun kelebihan terarah kepada FTC dengan Dennis mendedahkan Meta peroleh 9 lagi syarikat VR, mengindikasikan cubaan memonopoli industri itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat