Ada Tiga Jenis Golongan Yang Tuduh Forex Trading Adalah Scam

3,469

Dalam forex industri ni, ada tiga jenis golongan yang tuduh forex ni adalah aktiviti scam/penipu.

(1) Golongan pertama :-

Trade forex. Semua dalam minda mereka terfikir, dengan forex, modal USD 500 mungkin dalam seminggu dah boleh jadi 10K USD. Fuhh senang kaya macam tu.
Risiko? Pedulikan semua tu. Lumrah manusia. Lebih seronok dengar reward dari risiko.

Depo trade. MC. Tukar teknik. Depo trade. SO. Tukar teknik.

Selepas dah cuba, sementara nak hilang “ketagih” trade dan kembali ke alam nyata, sudah habis mungkin dah beribu-ribu K. Saving semua habis.
Oh forex ni scam. Cuci tangan.

(2) Golongan kedua :-

Kenal forex melalui broker MLM. Pergi kelas belajar forex free. Ish susah rupanya. Oh, ada cara “goyang kaki trade forex”. Invest saja.

Kononnya nak buat income pasif melalui forex. Tak perlu trade, sebab bulan-bulan boleh dapat ROI.

Bulan 1 dapat. Bulan 2 dapat. Bulan 3 dapat. Mula pasang angan-angan. Income ROI forex boleh bayar kereta baru.

Bincang dengan isteri. Kita laburlah semua saving kita dalam “forex” ni. Baru syok. Topup balik duit ROI + semua saving yang ada.

Bulan 1 lepas topup dapat. Bulan 2 dapat. Bulan ketiga, tengok leader semua pakai kereta hebat atau lifestyle hebat-hebat. Mula ajak satu kampung join.

Sebulan lepas tu. Broker forex MLM tutup. Leader hilang. Ewallet bersepah.

Oh, scam sungguh forex ni.

Apa persamaan kedua-dua golongan ni?

“TIADA ILMU DAN NAK CEPAT KAYA”

Eh, ada satu lagi golongan yang tuduh forex scam/tipu.

(3) Golongan ketiga :-

Golongan yang dengar cerita pengalaman dari golongan pertama dan kedua di atas.

Share artikel ini di facebook anda dengan klik button SHARE di bawah, agar lebih ramai orang buka mata pasal forex ini.

Nak banyak ilmu forex, bacalah website INTRADAY.my ni setiap hari.

Sekian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat