Ada Yang Merancang Untuk Bekerja Di New Zealand? Mungkin Ini Peluang Anda!

292

Jumlah kemasukan imigran ke New Zealand meningkat dengan drastik melihatkan seramai 125,000 dalam 12 bulan namun kebanyakannya tidak mempunyai skil profesional seperti dalam bidang teknologi dan pembinaan.

Ini sekaligus menyebabkan dasar kerajaan mengenai imigran dikritik.

Data terakhir yang dikeluarkan oleh pejabat statistik pada hari rabu itu menyebabkan mereka mahu memohon kerajaan untuk menarik lebih ramai pekerja yang diperlukan pada sektornya.

Menurut Gabenor Reserve Bank of New Zealand Greame Wheeler, “Kunci kepada kemasukan warga asing adalah untuk menambah kualiti kepada New Zealand dan kualiti yang diperlukan daripada mereka”.

Warga asing yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang kekurangan pekerja akan mendapat peluang yang lebih baik untuk masuk ke negara tersebut dengan mendapatkan visa pekerja dan tempat tinggal yang ditawarkan oleh negara itu.

Daripada 125,000 orang hanya 8% sahaja yang mempunyai skil profesional. Harga rumah di Auckland meningkat berikutan ramai daripada warga asing sedang mencari rumah kediaman.

Di New Zealand jumlah pekerjaan yang ditawarkan sangat banyak dan masih lagi mencari pekerja asing untuk mengisi kekurangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat