Adakah Data Pekerjaan Dapat Meningkatkan Selera Pelabur? Ini Reaksi Pasaran!

526

Segelintir pelabur masih lagi mengkhuatirkan reaksi pentadbiran Amerika Syarikat (A.S) dalam menangani pandemik Covid-19 dimana ia telah memberi kesan terhadap matawang US dolar. Di saat yang sama jumlah tuntutan pengangguran jatuh ke paras terendah sejak Mac iaitu pada paras bacaan 1.18 juta.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut kepada paras rendah 92.955 setakat jam 11.40 p.m namun masih berada dalam fasa pengukuhan. Bursa pasaran Dow Jones sempat meningkat sebanyak 0.2% dengan 63 mata, manakala bursa S&P 500 meningkat kurang daripada 0.1% dan Bursa Nasdaq naik 0.1%.

Pada hari ini, Jabatan Buruh telah melaporkan bahawa tuntutan awal pengangguran jatuh keparas terendah sejak Mac pada 1.18 juta. Bacaan ini gagal untuk meningkat selera pelabur berikutan faedah pegangguran sehingga pertengahan Julai mencapai 31.3 juta.

Malah komen daripada Mitch McConnel yang mengatakan bahawa pakej rangsangan untuk jangka masa akan datang berkemungkinan akan mencapai kesepakatan. Disisi lain, jangkitan pandemik Covid-19 terus catat peningkatan.

Emas telah mencatat peningkatan harga melebihi 35% pada tahun ini. Kebanyakkan para pelabur lebih memilih emas kerana ia lebih stabil di saat krisis Covid-19.

Pasaran kini menanti ulasan polisi oleh pemimpin demokratik A.S dan para pegawai Rumah Putih mengenai pakej rangsangan fasa baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat