Adakah Minggu Yang Baik Buat Trader GOLD?

672

Harga emas melonjak pada sesi Asia selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani rang undang-undang rangsangan coronavirus $900 bilion dan dana kerajaan bernilai $1.4 trilion.

Logam berharga itu berjaya mencecah paras rintangan $1,900 per auns, sebelum kembali mengurangkan keuntungan dengan didagangkan menguat di sekitar paras harga $1,894 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,899 per auns (11.45 pagi waktu Malaysia).

Trump yang pada mulanya menolak untuk menandatangani pakej rangsangan coronavirus AS dan menggesa supaya Kongres untuk memindanya pada minggu lalu, tiba-tiba sahaja berubah fikiran dengan menandatanganinya hari ini.

Hal ini telah mendorong kemerosotan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama dengan didagangkan lemah di sekitar paras terendah 2 setengah tahun pada 90.10.

Emas kini bersedia untuk penutupan tertinggi dalam tempoh tujuh minggu, dan mencatatkan kenaikan bulanan pertama sejak Julai setelah berlakunya kerugian disebabkan oleh perkembangan mengenai vaksin coronavirus yang positif.

Namun begitu, pelabur perlu berhati-hati menjelang musim percutian akhir tahun yang boleh mempengaruhi momentum pergerakan harga emas dan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat