Ahli Bukan-OPEC Turut Memotong Pengeluaran Minyak Mereka

109

Pengeluar minyak bukan dari kalangan ahli OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) telah bersetuju untuk memotong jumlah pengeluaran minyak bersama-sama ahli OPEC untuk menyelesaikan masalah lebihan bekalan (oversupply) dalam pasaran minyak mentah dunia. Hal ini adalah berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang dicatatkan selama dua tahun bermula pada 2014.

Perjanjian ini termasuk Rusia dan beberapa Negara bukan dari kalangan pengeluar OPEC yang terlibat dalam pemotongan jumlah pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari yang bermula pada bulan hadapan. Usahasama ini merupakan perjanjian pertama dalam kalangan ahli OPEC dan bukan-OPEC sejak 15 tahun lalu.

Bulan lepas ahli OPEC telah pun membuat perjanjian pemotongan sebanyak 1.2 juta tong sehari yang menyebabkan lonjakan hampir 10% harga minyak mentah dunia. Pada masa itu, hanya Rusia yang memberikan komitmen kepada perjanjian ini yang berjanji akan mengurangkan 300,000 pengeluarannya.

Selain Rusia, negara-negara yang turut dalam perjanjian ini ialah Azerbaijan (35,000 pemotongan), Kazakhstan (50,000), Oman (45,000) dan Mexico (100,000 tong sehari).

Menteri minyak Venezuela mengatakan sebelum mesyuarat pada hari ini, “Kami berhasil mengumpulkan 25 negara dari OPEC dan bukan-OPEC untuk menstabilkan pasaran minyak mentah dunia dan mempertahankan harga yang sepatutnya untuk komoditi kami ini”.

Indonesia yang dikeluarkan dari keahlian OPEC tanpa sebab yang pasti tidak termasuk dalam perjanjian kali ini.

Ada juga pemerhati yang skeptical dengan perjanjian yang dicapai pada Sabtu sama ada ia adalah pemotongan yang hanya bermusim atau pemotongan yang serius dari negara-negara ini. Minggu ini pasaran disaksikan oleh OPEC yang mengambil peluang membuat banyak pengeluaran sebelum pemotongan bermula bulan hadapan yang mencapai rekod tertinggi.

Minyak mentah dunia minggu ini berakhir di paras yang tinggi dengan West Texas Intermediate (WYI) berada di paras $51.50 setong pada Jumaat. Manakala minyak Brent (Brent-oil) berada di paras $54.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat