Aik! Jepun Join Perang Antara Rusia Hentam Bom Lagi Kepada Ukraine?

1,174

‘Bom berani mati Rusia hentam Ukraine lagi.’

Sumber dari Ukraine melaporkan pihak Rusia menyebabkan 5 letupan di Kyiv dengan melancarkan ‘dron kamikaze’.

Menjelaskan keadaan, datuk bandar Vitali Klitschko mengatakan pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi terdapat 5 letupan yang berlaku di pusat wilayah Shevchenkivskiy, Kyiv.

Setakat ini sebarang kemalangan jiwa masih belum  dilaporkan namun Klitschko mengesahkan salah satu letupan tersebut datang dari sebuah dron telah berjaya ditembak jatuh oleh seorang sukarelawan Ukraine.

Menurut sumber dari Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak, penyebab kepada letupan tersebut adalah kerana pihak Rusia melancarkan ‘dron kamikaze*’.

*Sejenis senjata udara kecil yang menyerupai dron dan bertindak sebagai bom yang boleh dikawal, meletup selepas mengenai sasaran.

Beliau mengutuk tindakan Rusia tersebut dengan mengatakan kerajaan pimpinan Vladimir Putin ‘terdesak’ untuk menunjukkan kuasa dan memintak lebih banyak bantuan ‘secepat mungkin’ untuk mengukuhkan pertahanan udara Ukraine.

Umumnya ini merupakan serangan susulan daripada pelancaran peluru berpandu bersiri oleh Rusia beberapa minggu lalu selepas Putin menuduh Ukraine bertanggungjawab mengebom jambatan di Crimea.

Ia telah mencetus kembali ketegangan perang di antara 2 negara tersebut yang bermula pada Februari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat