Analisis Fundamental & Sentimen Pair EUR/USD – Fokus Kepada NFP

782

Pergerakan pair EUR/USD ketika ini lebih banyak dipengaruhi oleh US dollar berbanding matawang Euro. Dengan data-data ekonomi Eropah yang tidak banyak dikeluarkan pada minggu ini, pasaran hanya tertumpu kepada data inflasi Zon-Eropah yang dikeluarkan pada Rabu.

Inflasi CPI pada Rabu naik sejajar dengan jangkaan pasaran kepada 1.40%. Oleh sebab bacaan yang tidak banyak berbeza daripada jangkaan, matawang Euro tidak banyak membuat kenaikan walaupun bacaan tersebut melebihi bacaan sebelum ini 1.10%.

Walaupun pair EUR/USD membuat kenaikan pada Rabu tetapi ia adalah disebabkan oleh pengumuman China yang menyebabkan USD melemah secara mendadak. Namun, dengan sentimen yang beransur pulih pada sesi New York telah menyokong semula kenaikan US dollar.

Antara sebab yang menyokong sentimen adalah fokus pasaran yang beralih kepada pengumuman pendapatan syarikat pada suku pertama 2018. Selain itu, komen Kudlow iaitu penasihat ekonomi A.S. berkata bahawa mereka dalam rundingan dengan China dan tidak terlibat dalam perang perdagangan telah mengurangkan kebimbangan pasaran.

Fokus kepada pair EUR/USD kini terarah kepada data NFP (Non-Farm Payroll) yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Jumaat. Dengan jangkaan data Average Earnings (kadar gaji) yang meningkat berkemungkinan EUR/USD kekal lemah pada hari ini selagi tiada News penting yang lain dikeluarkan.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat