Apa Yang Berlaku? Token Popular ‘Move-to-Earn’ STEPN (GMT) Tiba-Tiba Jatuh 40% Dalam Masa Seminit!

698

STEPN (GMT) merupakan projek Game-Fi yang menawarkan ganjaran token kepada pesertanya yang aktif dalam aktiviti berjalan kaki jogging, atau lari (running). Bukan itu sahaja ia juga sinonim dengan move-to-earn (M2E). Dengan adanya GMT, pengguna boleh membeli barangan digital atau stacking di platform.

Pada hari ini berlaku episod mengejutkan apabila token GMT jatuh lebih 37% dalam beberapa minit selepas pengumuman penarikan dari China dan kini didagangkan pada harga $1.11, bangkit dari paras kejatuhan terendah $0.84.

Kemerosotan itu mendorong GMT ke paras terendah dalam dua bulan, memadamkan keuntungan besar yang dikecapi pada bulan April. Pada April lalu GMT telah menjadi pusat perhatian sehingga meletakkan token itu berada dalam carta 50 aset kripto teratas. Sebelum ini GMT pernah mencecah $4 seunit pada akhir bulan April sebelum jatuh di bawah $1.

Walaubagaimanapun, penarikan projek dari China berkemungkinan menjadi halangan utama, memandangkan negara itu mempunyai potensi memiliki pengguna yang besar.

GST yang merupakan token lain STEPN turun 24% pada $1.55 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kemalangan itu juga menyebabkan pemegang token memilih untuk menjual pegangan secara besar-besaran dalam pasaran niaga hadapan dengan rekod $23 dicairkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Di Twitter, STEPN berkata ia akan berhenti menyediakan perkhidmatan GPS kepada pengguna di China bermula 15 Julai. Langkah itu adalah sebagai tindak balas daripada arahan pihak berkuasa kawal selia.

Memandangkan GPS ialah bahagian penting aplikasi yang menentukan ganjaran kepada pengguna berdasarkan pergerakan maka dengan ini aplikasi tersebut menjadi tidak berguna di China.

Langkah itu mungkin terikat dengan penelitian kerajaan terhadap mata wang kripto di China. Memandangkan STEPN memberi ganjaran kepada pengguna dalam kripto kerana menggunakan aplikasi itu, ia berkemungkinan telah menarik perhatian pihak kawal selia.

STEPN sebelum ini dapat menghidar daripada beberapa penelitian kawal selia berikutan sebahagian besarnya menggunakan NFT. Namun tidak lagi sekarang. Selain itu, STEPN juga terpalit dengan pertuduhan bahawa ia skim ponzi. Kritikan tersebut ditujukan pada fakta bahawa aplikasi itu perlu secara konsisten menarik pengguna baharu agar dapat mengekalkan ganjarannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat