Bagaimana Menjana Pendapatan Lebih Dengan Berbekalkan Minat Sahaja?

969

Kita sekarang berada dalam era ledakan maklumat, dimana dengan adanya penggunaan internet, maklumat dapat di transfer dengan pantas. Kita dapat berhubung dengan seseorang tanpa melalui pengantara.

Sangatlah rugi kalau dengan kapasiti yang ada pada zaman sekarang , kita tidak dapat membuat duit lebih dengan kemudahan yang ada.

Entri kali ini, kita pergi pada perkara yang paling basic untuk menjana pendapatan dengan berbekalkan minat sahaja. Sebenarnya agak sukar untuk beri satu formula mudah kerana minat setiap orang berbeza-besa dan strategi untuk menjana wang pun akan berbeza.

Namun jika kita teliti satu formula asas yang mudah diaplikasikan kepada hampir semua jenis minat sebagai langkah awal penjanaan wang ialah formula penghasilan konten.

Tidak kisah apapun minat anda, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan dengan hanya konsisten menghasilkan konten. Sebut sahaja minat seperti main game, melancong, memasak, solekan, membaca atau apapun. Penghasilan konten adalah sangat penting dan cara mujarab untuk memperkenalkan anda, minat anda dan membuat wang.


Katakanlah anda minat melancong dan ingin membuat wang lebih dengan melancong. Nak buat bisnes travel agensi? kos terlalu tinggi dan risiko pun tinggi. Ingin menjadi pelancong? takut ia dah jadi seperti pekerjaan, padahal anda hanya nak melancong secara suka-suka tetapi ingin jana income juga.

Langkah awal ialah memperbanyakkan konten. Sukar ingin jana wang jika anda tiada pasaran/market. Sebab anda perlu permintaan dan penawaran. Dengan adanya konten, anda sebenarnya telah lakukan langkah awal penawaran. Menawarkan bisnes/perkhidmatan yang anda mahu tawarkan kepada orang ramai bagi menjana wang extra.

Konten ini tidak sepertinya dalam bentuk tulisan, ia boleh dalam apa jua bentuk, sama ada audio dan video juga boleh. Contoh tadi melancong, bila anda melancong anda boleh cuba rakamkan pengalaman melancong anda, membuat review tempat-tempat yang lawati, review tentang makanan yang anda cuba, cerita tentang budaya-budaya disana, tips melancong, cara jimatkan kos atau lain-lain lagi. Konten-konten ini anda harus distribute ke blog, instagram,facebook, twitter dan sebagainya.

Tidak perlu fikir yang rumit, cukup dengan hanya 1 minit untuk video/audio dan 1 tulisan setiap hari. Contoh terbaik ialah Nas Daily. Cuba anda lihat hanya berbekalkan video 1 minit, beliau dapat mencapai 6.6 juta likers di Facebok dan berjuta view melalui minat beliau melancong. Yang penting konsisten menghasilkan konten.Moshed.com akan kongsikan tipsnya nanti.

Sekarang persoalannya bagaimana boleh hasilkan wang dengan buat konten dan bila dapat menjana wang?

Bila sebut minat, ia merupakan sesuatu yang telah lama anda idamkan dan anda lakukan dalam jangka masa panjang. Jadi untuk menghasilkan wang dengan minat ia mengambil masa yang sederhana panjang iaitu 6-1 tahun untuk anda dapatkan hasil.

Mengapa? Mengikut kajian pakar content marketing, Joe Pulizzi, biasanya kadar average untuk lihat hasil konten ialah 6 bulan paling cepat. Selepas 6 bulan baru anda akan dapat menjana wang lebih, sama ada melalui terbitan buku, ebook, tawaran pengiklanan, khidmat review dan sebagainya. Dalam masa yang sama anda juga akan lebih mudah menjual barangan yang selari dengan minat anda kerana hasil konsisten penghasilan konten akan mencipta lebih ramai follower dan likers.

Kunci umum menghasilkan wang dengan minat ialah konsisten setiap menghasilkan konten.

Jika ada persoalan, drop sahaja diruangan komen, admin akan cuba respon sama ada dalam bentuk artikel atau komen ringkas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat