Bahan Vaksin Ini Rupanya Palsu?

523

Satu kajian dilakukan terhadap penggunaan hidroksiklorokuin ke atas pesakit wabak COVID-19 di Brazil membuktikan bahawa ubat tersebut sebenarnya tidak berkesan merawat penyakit itu.

Dilaporkan kajian dilakukan ke atas 55 buah hospital seluruh Brazil, dengan penggunaan hidrosiklorokuin sahaja atau campuran dengan azithromycin ke atas 667 pesakit ringan hingga sederhana untuk tempoh 15 hari tidak menunjukkan sebarang kesan positif.

Sebaliknya, penggunaan ubat tersebut meningkatkan risiko pesakit mendapat masalah jantung dan hati.

Keputusan kajian ini jauh berbeza dengan gesaan Perdana Menteri Brazil, Jair Bolsonaro kepada rakyatnya pada minggu lalu untuk mendapatkan rawatan hidrosiklorokuin dengan jaminan ubat tersebut benar-benar berkesan.

Malah, pentadbiran Bolsonaro sejak Mei lagi telah menyarankan pihak kesihatan untuk menggunakan ubat tersebut yang turut digunakan untuk merawat penyakit malaria, dengan campuran azithromycin bagi rawatan COVID-19.

Kajian yang dilakukan melibatkan dua institusi penyelidikan dan 6 hospital termasuk Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, hospital terbaik Amerika Latin.

Brazil sebenarnya secara tidak langsung telah menjadi tempat uji kaji ubat-ubatan terbesar di dunia berikutan daripada dasar kerajaan Bolsonaro.

Sebelum ini Bolsonaro mengkritik kesan ekonomi yang teruk berikutan pengamalan jarak sosial berbanding jangkitan wabak koronavirus.

Brazil merupakan negara kedua mencatatkan kes tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah 2,289,951 kes dan kematian sebanyak 84,207.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat