Bakal Ada Sinar Harapan Ke Untuk Ekuiti Melambung Semula?

110

Pasaran ekuiti global mengalami kerugian untuk 6 sesi berturut tatkala pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) masih melihat kepentingan pelaksanaan kenaikan kadar faedah dalam membendung inflasi walaupun turut berjaga-jaga dengan langkah yang terlalu agresif.

Selepas Dow Jones Industrial memasuki trend bearish semalam, penanda aras S&P 500 pula mengalami kerugian terpanjangnya sejak 2020 dengan penurunan sebanyak 24% daripada rekod tertinggi 3 Januari lalu.

Melihat carta Wall Street, Dow Jones Industrial melupuskan keuntungan awal untuk ditutup rendah 0.43% pada 29,134.99 sementara S&P 500 hilang 0.21% pada 3,647.29 dan Nasdaq Composite turun 0.3% pada 10,829.5.

Mengulas keadaan pasaran Robert Pavlik, pengurus portfolio Dakota Wealth berkata ia bukan sesuatu yang mengejutkan dengan pelabur terus mencerna kesan pergerakan Fed terhadap pertumbuhan ekonomi.

Suka dimaklumkan bahawa Presiden Fed St Louis dan Fed Chicago memberi gambaran bahawa bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar untuk baki tahun ini serta menjangkakan ia mencapai 4.57% ke 5% pada suku pertama 2023.

Beralih ke rantau Asia, Nikkei 225 Jepun jatuh 0.68% sementara Topix susut 0.67% tatkala S&P/ASX 200 Australia bermula pada nota positif.

Indeks Kospi Korea Selatan jauh 0.43% sementara Kosdaq raih 27% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun junam 0.18%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi 4% iaitu paras yang tidak pernah dicapai sejak 2010.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat