Bekas Ketua Kempen Trump Nak Bunuh Diri?

284

Menurut sebuah laporan, bekas pengurus kempen Trump, Brad Parscale dibawa ke hospital Florida kerana ingin membunuh diri.

Berikutan dengan insiden berkenaan, isterinya telah membuat panggilan ke balai polis. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai polis, lelaki itu bersenjata dan cuba untuk membunuh diri.

Selain itu, isteri Parscale menyatakan bahawa suaminya bersenjata dan memiliki akses kepada banyak senjata api di dalam kediaman dan mengancam akan membahayakan dirinya sendiri.

Oleh yang demikian, beliau telah menyerah diri kepada pegawai polis di bawah undang-undang Florida yang membenarkan penahanan sementara seseorang yang mengalami penyakit mental.

Untuk pengetahuan semua, Parscale merupakan seorang figura yang berwibawa dan lantang bersuara. Namun, beliau telah diberhentikan sebagai pengurus kempen pada bulan Julai, 4 bulan menjelang pilihan raya presiden November ketika Donald Trump didakwa bakal kecundang untuk mengekalkan jawatannya.

Hal ini didorong oleh aktiviti tunjuk perasaan kempen Trump di Tulsa, Oklahoma yang secara amnya diganggu kerana kehadirannya yang kurang memuaskan dan ucapan yang tidak teratur oleh presiden.

Walau bagaimanapun, beliau kekal sebagai anggota kanan pasukan kempen presiden berkenaan.

Menurut Tim Murtaugh, pengarah komunikasi kempen Trump, Brad Parscale sudah dianggap sebagai ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, mereka tetap akan menyokong beliau dan keluarganya dengan sebaik mungkin.

Di samping itu, serangan peribadi daripada Demokrat dan RINO yang didakwa tidak berpuas hati, perlu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan dan menjadi penyebab kepada insiden berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat