BoJ Mungkin Membuat ‘Tapering’, Minit Mesyuarat BoJ 1 November

53

Dalam minit mesyuarat Bank of Japan yang dikeluarkan pada Isnin, pembuat polisi BoJ tidak bersetuju untuk sebarang penambahan dalam program pembelian bon di bawah rangka-kerja baru yang mensasarkan kadar faedah.

Pada September yang lepas, BoJ beralih dari sasaran ‘cetakan wang’ kepada sasaran ‘kadar faedah’ di bawah rangka-kerja baru. Rangka-kerja baru ini ditetapkan dengan kadar faedah jangka-pendek -0.1 peratus dan cuba menetapkan hasil-bon 10-tahun-kerajaan di sekitar kosong peratus.

BoJ dalam minit itu, dilihat masih mengekalkan pendirian yang longgar yang mana akan meneruskan pembelian bon, supaya pegangan kepada bon ini meningkat 80 trillion yen setahun.

Dalam mesyuarat dua hari pada 1 November itu, salah seorang dari ahli BoJ menyatakan amaun pembelian bon boleh juga dikurangkan secara berperingkat dari masa ke semasa, berikutan BoJ akan mencapai sasaran hasil-bon dengan pembelian bon yang kurang dari paras semasa.

Berikutan kenyataan itu, ada juga ahli yang lain tidak bersetuju, kerana hal ini akan memberikan maklumat yang salah kepada pasaran yang akan menganggap hal ini sebagai tapering.

Gabenor Kuroda juga telah menyatakan BoJ boleh memperlahankan program pembelian bon mereka, jika BoJ boleh mencapai sasaran kadar faedah jangka panjang dengan pengurangan pembelian dari program semasa.

Pada mesyuarat 1 November itu, BoJ sekali lagi mengekalkan polisi semasa walaupun menganjakkan tempoh masa untuk mencapai sasaran inflasi 2.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat