CEO Tesla- Elon Musk Hapuskan Akaun Twitter Beliau?

597

Elon Musk bukanlah suatu nama yang asing lagi. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan pengasas kepada Space X. Justeru ramai yang mengikuti beliau di media sosial termasuk di Twitter.

Walaubagaimanapun, jika anda mengunjungi akaun Twitter rasmi dari CEO Tesla Elon Musk, anda akan dapati sedikit berbeza disitu. Dalam tweet terbarunya, Musk telah telah memuat naik status bahawa beliau baru sahaja menghapuskan akaun Twitternya. Hal ini tidak dapat dipastikan apakah beliau sedang bergurau atau sebaliknya. Billionaire yang berusia 47 tahun itu tidak memberi rincian mengapakah beliau menghapuskan akaun Twitternya dan malah megubah namanya menjadi Daddy DotCom.

 

Tindakan beliau telah mendapat reaksi daripada netizen. Kebanyakkan dari mereka tidak percaya dengan perkara tersebut dan menganggap akaunnya telah digodam.

Akaun beliau ketika ini, masih boleh diakses walaupun dikatakan beliau telah menghapus akaun tersebut.

Sebelum ini, Musk telah dikenakan denda sebanyak $20 juta oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat berikutan tweet yang dikategorikan dibawah kategori ‘bercanggah dan palsu’. SEC dan Musk telah mencapai kata putus, bahawa CEO tersebut bebas tweet apa sahaja kecuali maklumat-maklumat yang berkaitan dengan syarikat beliau.

Harga saham Tesla pada ketika ini telah menunjukkan tanda-tanda pulih dan peningkatan berikutan laporan positif dalam perjumpaan tahunan dengan pemilik saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat