Charlie Munger Beri Amaran Kepada Para Pelabur!

1,504

Charlie Munger, Naib Pengerusi Berkshire Hathaway serta rakan kongsi Warren Buffett telah mengeluarkan amaran yang mengerikan kepada para pelabur pada Rabu lalu. Menurut satu laporan, Charlie mendedahkan bahawa terdapat banyak masalah yang akan timbul.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa para pelabur bakal berhadapan dengan risiko lebih-lebih jika mereka melabur di China. Hal ini demikian kerana urusniaga saham di negara berkenaan yang sangat teruk.

Sementara itu, Charlie menyatakan bahawa penyebaran wabak COVID-19 telah memberi kesan terhadap ketidakstabilan ekonomi lalu merisikokan para pelabur di Amerika Syarikat. Seterusnya, mereka juga berisiko gara-gara isu politik yang berpunca daripada pilihanraya presiden akan datang.

Semalam, pihak perbendaharaan negara itu telah mengumumkan defisit belanjawan Amerika Syarikat meningkat sebanyak 25% dalam tempoh 4 bulan pertama tahun 2020 iaitu sebanyak $1.06 trilion. Walau bagaimanapun, Dow Jones Industrial Average dan S&P 500, kedua-duanya mencatatkan rekod tertinggi pada hari yang sama.

Bukan itu sahaja! Charlie turut mendedahkan tentang EBITDA (earnings before interest, taxes, depreciation and amortization) yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Tambahan daripada itu, pakar pelaburan tersebut membuat perbandingan tentang inovasi pada zaman beliau dan zaman kini yang dilihat semakin berkurang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat