China, Jepun dan Korea Selatan Bakal Bergabung

2,540

Bank Pusat China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk meningkatkan usaha mereka dalam membantu pemulihan ekonomi di rantau Asia dari impak Covid-19, selain turut berjanji untuk mempertahankan sistem perdagangan dan pelaburan pelbagai hala.

Melalui kenyataan bersama selepas telekonferens pada Jumaat, tiga kuasa ekonomi terbesar Asia itu berkomitmen untuk meningkatkan kerjasama dan komunikasi antara satu sama lain serta negara-negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam usaha menuju pemulihan ekonomi yang cepat di rantau itu.

Walaupun tetap berwaspada dengan ketidakpastian terhadap masa hadapan, mereka menegaskan bahawa pentingnya untuk menjaga sistem perdagangan dan pelaburan pelbagai hala yang terbuka dan berdasarkan peraturan.

Krisis pandemik coronavirus setakat ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi serantau, mengganggu rantaian perdagangan dan bekalan global serta mengakibatkan ketidaktentuan dalam pasaran Asia.

Menyoroti kebimbangan mengenai risiko kecairan pasaran, Jepun dan Malaysia telah menandatangani perjanjian pertukaran matawang dua hala yang membolehkan pihak berkuasa menukar sehingga $3 bilion matawang mereka.

Selain itu, para ketua kewangan juga berjanji untuk membantu meningkatkan Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM), sebuah jaringan pengaturan pertukaran matawang multilateral yang dianggap penting bagi jaring keselamatan kewangan di rantau ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat