Jeff Bezos Dan Jutawan AS Lain Digesa Bantu 30 Juta Penduduk Yang Kelaparan

307

Pengarah Eksekutif United Nations World Food Programme (WFP), David Beasley memanggil 2,000 jutawan dunia untuk menghulurkan bantuan kepada sekitar 30 juta orang yang kelaparan.

Menurut Beasley, kewujudan 2,000 jutawan dunia dengan kekayaan mencecah $8 trilion diharapkan menjadi harapan kepada golongan tersebut yang diancam maut kerana kekurangan sumber makanan.

Berdasarkan rekod global, dianggarkan sekurang-kurangnya 270 juta penduduk dunia yang hidup melarat tiada sumber makanan.
WFP berharap dapat membantu 138 juta orang pada tahun ini dengan peruntukan untuk setahun berjumlah $4.9 bilion.

Jika dibandingkan dengan hasil kekayaan jutawan Amerika Syarikat (AS), sebenarnya terlalu sedikit sumbangan yang diperlukan.

Laporan Institute for Policy Studies (IPS) pada Jun, mendedahkan jumlah keseluruhan kekayaan golongan jutawan Amerika melonjak lebih daripada 19% sejak penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Hanya dalam tempoh 11 minggu bermula perintah kawalan negara pada 18 Mac, beberapa jutawan dunia menerima keuntungan luar dugaan.

Misalnya, Jeff Bezos (Amazon.com Inc) menyaksikan lonjakan sebanyak $36.2 bilion, Mark Zuckerberg (Facebook Inc) melonjak sekitar $30.1 bilion dan Elon Musk (Tesla Inc) sebanyak $14.1 bilion.

Jika bukan sekarang, bila lagi golongan kaya ini akan berkhidmat kepada mereka sedang kritikal untuk meneruskan kehidupan?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat