CySEC Agensi Regulasi Kewangan Cyprus Turut Mengetatkan Leverage 1:50

141

Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) pada 30 November lepas memperkenalkan perubahan regulasi kepada beberapa broker. Badan pemerhati kewangan ini memperkenalkan sedikit perubahan sejajar dengan kemaskini yang dibuat oleh European Securities Markets Authority (ESMA) berkaitan peruntukan dalam CFD dan produk spekulatif yang lain seperti spot forex kepada retail trader di bawah MiFID.

Untuk pengetahuan pembaca, Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) adalah sebuah agensi regulasi kewangan di Cyprus. CySEC mempunyai mandat untuk mengawal semua syarikat perkhidmatan pelaburan seperti broker Forex, CFD dan semua aspek berkaitan pelaburan di Cyprus.

European Securities Markets Authority (ESMA) pula adalah institusi yang membuat undang-undang berkaitan sekuriti (instrumen pelaburan) di Eropah bagi meningkatkan fungsi pasaran kewangan Eropah dan melindungi para pelabur.

Manakala MiFID pula ialah Markets in Financial Instruments Directive, iaitu badan regulasi yang mengawal selia semua bentuk perkhidmatan pelaburan di 31 negara di Eropah. Salah satu objektif mereka adalah untuk melindungi pelanggan-pelanggan dalam perkhidmatan pelaburan termasuk Forex dan CFD.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, syarikat-syarikat yang beroperasi di Eropah ditegah daripada menyediakan promosi bonus berkaitan aktiviti dagangan (trading) kepada pelanggan-pelanggan mereka. CySEC pula beroperasi di bawah regulasi ESMA dan MiFID, berikutan itu CySEC telah melaporkan perkara ini kepada Cyprus Investment Firms (CIFs) atau firma pelaburan Cyprus untuk mengelakkan risiko dagangan kepada pelanggan-pelanggan broker ini.

CySEC mengatakan dalam kenyataannya, “kami menjangkakan CIF telah meneliti ESMA Q&A ini secara mendalam, dan mengambil atau dalam proses mengambil tindakan yang sepatutnya untuk beroperasi mengikut Q&A ini”.

Pengerusi CySEC Demetra Kalogerou mengatakan syarikat-syarikat broker ini ada yang bertindak tidak mengikut kemahuan pelanggan mereka. Beliau mengaskan sekali lagi tindakan ini adalah ‘tidak boleh diterima’.

Satu lagi perkara penting dalam kemaskini tindakan pengendalian broker-broker ini adalah penyediaan leverage kepada pelanggan-pelanggan mereka. CySEC mengarahkan agar pelanggan baru diberikan leverage maksimum 1:50 sahaja.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang meminta leverage lebih tinggi sahaja akan diberikan ujian bagi menentukan sama ada mereka sesuai untuk berdagang (trading) menggunakan margin yang rendah.

Syarikat-syarikat broker ini diberikan masa sehingga 30 Januari 2017 untuk melaksanakan kesemua perubahan regulasi yang telah diarahkan ini yang termasuk pertanyaan kepada pelanggan sedia ada tentang penggunaan leverage yang mereka mahukan. Sebelum itu mereka perlu lulus dahulu dalam ujian ESMA yang akan disediakan oleh CIF.

Pihak Berkuasa U.K.(FCA) mengetatkan Leverage Maksimum 1:50 Sahaja !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat