Dagangan Ekuiti Terus Bergerak Lemah Ekoran Kebimbangan Inflasi

100

Pasaran ekuiti melanjutkan prestasi lemah dengan kebimbangan kenaikan kadar faedah dalam memerangi inflasi mencemarkan sentimen pelabur.

Tumpuan utama di Amerika Syarikat (AS) tentunya terhadap bacaan indeks harga pengguna (CPI) yang bakal diterbitkan pada Rabu, dalam menentukan pelaksanaan rancangan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Buat masa ini Fed dijangka melaksanakan kenaikan 75 mata asas pada September berdasarkan data pekerjaan yang kukuh, mencerminkan bahawa ekonomi semasa mampu menampung kitaran pengetatan bank pusat tersebut.

Rentetan itu, Wall Street ditutup sedikit bercampur dengan Dow Jones Industrial naik 0.09% sementara S&P 500 hilang 0.12% dan Nasdaq Composite turun 0.1%.

Antara syarikat tersenarai di Wall Street yang mengalami penurunan harian terbanyak adalah Nvidia Corp, di mana sahamnya susut 6% selepas syarikat mengeluarkan amaran hasil suku ke-2 bakal menurun 19%.

Beralih ke Eropah, STOXX 600 berakhir tinggi 0.75% selepas diterajui oleh saham kitaran dan pertumbuhan yang seterusnya memulihkan kerugian yang dialami minggu lepas.

Indeks MSCI saham seluruh dunia, yang menjejaki sejumlah 47 negara, tambah 0.15%.

Menyingkap di pasaran Asia, kebanyakan indeks mendatar apabila pasaran dilihat masih cuba mencerna bacaan data terbitan minggu lalu.

Nikkei Jepun dan Topix didagangkan sedikit rendah sementara S&P/ASX 200 mendatar manakala Kospi Korea Selatan naik 0.23% dan Kosdap lonjak 0.7%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun dilihat meningkat sedikit.

Aliran mata wang memperlihatkan greenback diniagakan sedikit menurun dari 107 kepada 106.343 sementara Yen Jepun pada $134.86.

Sementara itu, penanda aras nota hasil 10 tahun jatuh 2.751% dari 2.869% sementara hasil2 tahun turun 3.211% daripada 3.331%.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak WTI turun 0.28% pada $90.51 sementara minyak Brent susut 0.25% pada $96.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat