Data Tempahan ‘US Core Durable-Goods’ Merosot, US Dolar Lemah

35

Sebentar tadi data ‘Core durable goods US’ yang dikeluarkan mencatatkan data yang negatif. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.

Data tempahan ‘US durable goods‘ naik 1.8% pada Januari yang merupakan catatan di atas jangkaan pasaran di sekitar 1.6%, tetapi data pada Dismeber telah dikaji semula dari penyusutan 0.5% kepada 0.8%.

Manakala data yang lebih penting iaitu tempahan ‘core durable goods‘ jatuh 0.2% pada Januari yang mana data sebelum ini telah dikaji semula kepada kenaikan 0.9% pada Disember. Manakala data ini pula di bawah jangkaan di mana pasaran meramalkan kenaikan 0.5%.

Tempahan durable goods digunakan untuk melihat kekuatan sektor pembuatan US yang mewakili 12% daripada keluaran dalam negara kasar, KDNK negara ini.

Data kali ini dilihat agak mengecewakan dan tidak akan menambah tekanan kepada The Fed untuk mengetatkan polisi dalam masa terdekat kerana kurnagnya tempahan terhadap core-durable good.

US dolar melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Eur/Usd menguat dari 1.0580 ke paras 1.0602 ketika artikel ini ditulis. Manakala Usd/Jpy jatuh dari 112.48 ke paras 112.23 ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat