Duta EU Ini Ada Sindiran Pedas Buat Presiden China!

50

Kesatuan Eropah menggesa China pada Rabu untuk melaksanakan langkah konkrit disamping membuka pasaran untuk pelaburan global. Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden China, Xi Jinping yang mengecam dasar perlindungan ketika menyampaikan ucapan di dalam Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini.

Menurut Hans Dietmar Schweisgut, Duta EU ke China menyifatkan bahawa ucapan hanya ucapan, dan tindakan hanya tindakan. Beliau juga menambah bahawa beliau akan “terkejut” jika Xi tidak menterjemahkan ucapan beliau ke dalam tindakan.

Dua hari sebelum Trump dilantik, Xi memberikan ucapan di Davos dengan berkata bahawa negara yang mengasingkan diri (mengamalkan pasaran tertutup) tidak akan mendapat sebarang manfaat.

Dalam minggu yang sama, Kabinet China telah menyediakan beberapa langkah cadangan dalam membuka lagi ekonomi kedua terbesar itu untuk pelaburan asing termasuk melonggarkan had pelaburan ke dalam bank serta institusi kewangan yang lain. Namun begitu, China masih tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai rancangan itu termasuk tidak menyediakan sebarang jadual perlaksanaan sebagai rujukan.

Kata Schweisgut lagi kepada wartawan di Beijing, EU masih tidak mendapat isyarat yang cukup bahawa China bersedia untuk menyediakan pasaran yang lebih terbuka khususnya buat syarikat-syarikat dari Eropah.

Aussie dan Kiwi Menjunam Lebih Rendah dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat