ECB Beri Bayangan Akan Melampaui Batas Dalam Kadar Faedah!

298

Ini mungkin bukan kali pertama pelabur mendengar isyarat ini, memandangkan terdahulu pihak INTRADAY ada melaporkan kenyataan sumber bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengambil langkah luar biasa dalam memerangi inflasi.

Namun kali ini, perkataan itu sendiri keluar daripada mulut Presiden Christine Lagarde yang mengatakan ECB mungkin perlu menaikkan kadar faedah sehingga ke tahap yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.

Pada mesyuarat baru-baru ini, bank pusat itu telah mengambil langkah drastik dengan meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas kepada 1.25%, paras tertinggi sejak 2011.

Ujar Presiden Lagarde, kadar faedah mungkin akan meningkat ke tahap ‘restrictive territory’ sekiranya terdapat bukti bahawa inflasi yang tinggi berisiko menjejaskan jangkaan terhadap harga.

Hal yang serupa akan diambil jika kejutan bekalan tenaga semasa yang disebabkan kos yang tinggi menyuramkan prospek pertumbuhan Zon Eropah, kata Lagarde.

Terdapat perbincangan dalam kalangan pembuat dasar untuk menghentikan kenaikan kadar apabila mencapai tahap ‘neutral’, yang tidak merangsang atau menahan pertumbuhan.

Bagaimanapun, kini semakin ramai pembuat dasar yang melihat risiko bahawa kadar perlu naik lebih tinggi.

Meskipun begitu, Christine Lagarde tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai kenaikan kadar Oktober dan hanya mengulangi bahawa ECB akan memutuskan keputusan seterusnya melalui mesyuarat.

Pelabur kini berbelah bahagi sama ada bank pusat itu akan melaksanakan kenaikan 50 mata atau 75 mata asas pada bulan Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat