ECB Masih Tidak Merancang Untuk Menghentikan Program Pembelian Asset : Benoit Coeure

41

Benoit Coeure iaitu Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Bank Pusat Eropah memberitahu salah sebuah akhbar Jerman bahawa bank pusat demikian masih tidak membincangkan langkah untuk menamatkan program pembelian asset walaupun pasaran menjangkakan program itu akan ditamatkan.

Buat masa ini, Bank Pusat Eropah masih tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan pembelian asset kepada angka sifar. Perkara ini juga telah dimuktamadkan bersama Majlis Pimpinan Kerajaan. Perbincangan ini memerlukan permerhatian terhadap dasar monetari terkini termasuk kesannya kepada ekonomi secara teliti sebelum seberang keputusan diambil.

Temu bual tersebut turut disiarkan di dalam laman webnya Jumaat lepas.

Risiko daripada ketidaktentuan ekonomi juga dikatakan bakal memberi kesan kepada pelaburan dan penggunaan secara global.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa kesan perubahan besar terhadap dasar ekonomi Amerika Syarikat dengan memberi lebih tumpuan kepada dasar fiskal masih sukar dinilai.

Samsung Mahu Tebus Kesilapan Tahun Lepas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat