Ekonomi China Berkembang Sederhana Pada Januari, Jualan Runcit Mengecewakan

61

Aktiviti ekonomi China berkembang positif pada Januari dengan pengeluaran perindustrian dan pelaburan aset tetap meningkat lebih pantas yang menunjukkan bukti bahawa ekonomi kedua terbesar dunia ini masih stabil.

Pengeluaran perindustrian yang dianggap sebagai petunjuk keseluruhan pengeluaran perkilangan, naik 6.3% dari tahu ke tahun seperti yang ditunjukkan oleh Biro Statistik Kebangsaan China pasa Selasa. Pengeluaran perkilangan semakin perlahan kepada 6% pada bulan sebelum ini.

Manakala pelaburan aset tetap yang merupakan proxy kepada perbelanjaan jangka panjang meningkat 8.9% pada Januari berbanding yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas.

Walaubagaimanapun, tidak semua data menunjukkan hasil positif. Data jualan runcit hanya naik 9.5% dari tahun ke tahun, jatuh mendadak dari 10.9% yang direkodkan sebelum ini. Ini merupakan peningkatan paling perlahan dalam sejarah.

Penganalisis ekonomi menjangkakan pengeluaran perindustrian hanya meningkat 6.2% dengan pelaburan aset tetap naik 8.2% dan jualan runcit naik 10.5%.

China telah mengurangkan pertumbuhan ekonominya kepada 6.5% tahun ini bagi memberi peluang kepada pembuat polisi membuat reformasi bagi menghalang risiko kewangan. Pertumbuhan ekonomi China hanya merekodkan 6.7% pada 2016 yang perlahan sejak 26 tahun lalu.

Bank Pusat China telah mengurangkan kadar jangka pendek sebanyak dua kali tahun ini bagi menyokong perniagaan di China menstabilkan tahap kewangan mereka berikutan hutang yang semakin meningkat. Tetapi, ketua bank pusat telah berkata minggu lalu, ia akan mengambil masa untuk membawa hutang-hutang ini ke paras rendah dan terkawal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat