Elon Musk Geram ‘Tak Kena’ Covid, Cari Pasal Dengan Sektor Farmasi Pula!

431

‘Aik, tak positif Covid pun koyak ke?’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk merasakan dia ‘sepatutnya’ diuji positif virus Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala besar.

Menerusi Twitter peribadinya, Musk menyatakan bahawa beliau sepatutnya diuji positif virus Covid-19 ‘sekali lagi’ namun sehingga kini tiada sebarang simptom-simpton yang dirasakan.

Tambah Musk, beliau ‘berkemungkinan besar’ mengalami kes sederhana Covid-19 selain turut mempersoalkan ketepatan ujian saringan virus Covid-19.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada keputusan tersebut daripada ujian tindak balas rantaian polimerase, di mana ia lebih tepat daripada ujian kit pantas (rapid test).

Dipercayai Musk mungkin mendapat jangkitan virus tersebut di Jerman ketika penyerahan kereta Tesla Model Y di kilang Gruenhide di negara tersebut pada minggu lepas.

Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Musk terkena jangkitan virus tersebut, di mana beliau pernah dijangkiti pada November 2020.

Selain itu, beliau juga pernah mempersoalkan ketepatan ujian Covid-19 pada 2020 selepas mendakwa bahawa keputusan menunjukkan beliau positif 2 kali dan negatif 2 kali pada hari yang sama.

Satu komen Musk pada 6 Mac 2020 lalu pernah menyifatkan panik koronavirus adalah ‘bodoh’.

Musk, walaupun menyokong pengambilan vaksinasi Covid-19, turut mengkritik secara terbuka mengenai mandat vaksinasi Amerika Syarikat (AS) dan menyatakan kematian yang dicatatkan melibat kes tersebut adalah ‘berlebihan’.

Dalam pada itu, kilang Tesla di Shanghai telah diarahkan tutup ekoran peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan sekatan berperingkat di bandar tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat