Emas Terus Raih Keuntungan, Kini Tembus Ke Paras Ketinggian Terbaru

468

Dagangan emas terus memanjangkan peningkatannya untuk diniagakan ke paras ketinggian lebih tujuh tahun didorong oleh kebimbangan terhadap wabak pandemik coronavirus akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi global.

Logam berharga itu melonjak kepada $1,725 pada sesi Asia, sebelum susut untuk diniagakan di sekitar paras harga $1,715, manakala niaga hadapan emas pula meningkat 1% kepada $1,779.50 per auns.

Peningkatan terhadap logam kuning itu meningkat sejak minggu lalu susulan pengumuman Federal Reserve (Fed) AS ke atas pakej rangsangan tambahan bernilai $2.3 bilion, termasuk janji untuk memberi sokongan kepada pasaran kewangan yang terjejas akibat COVID-19.

Selain itu, pasaran juga turut dibelenggu ketidakpastian apabila Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa pentadbirannya kini semakin hampir untuk menyiapkan rancangan pembukaan semula ekonomi Amerika Syarikat walaupun peningkatan kes dan kematian di negara itu masih tinggi.

Emas terus meningkat meskipun kadar peningkatan kes jangkitan di beberapa negara ekonomi utama dilihat mula perlahan. Jumlah kes pandemik di seluruh dunia setakat ini telah mencecah 1.92 juta, manakala angka kematian pula meningkat kepada 119,666 korban.

Sementara itu, tumpuan pasaran kini lebih memfokuskan kepada langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam melonggarkan peraturan perintah berkurung untuk membuka semula aktiviti ekonomi.

Sepanyol, negara kedua yang terjejas teruk selepas Amerika Syarikat telah mula membuka semula beberapa aktiviti ekonomi, di mana pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan beberapa perkhidmatan dibenarkan untuk kembali bekerja, tetapi perlu mematuhi garis panduan keselamatan yang ketat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat