EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Sep 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus memacu naik lebih 120 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1330 sebelum menutup sekitar paras 1.1315; setelah angka PMI pembuatan Jerman yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Dolar AS terus jatuh apabila para pedagang tidak pasti tindakan Federal Reserve AS selanjutnya.

Pengeluaran dan pesanan yang meningkat, membantu sektor pembuatan Jerman berkembang pada kadar terpantas dalam masa enam belas bulan pada bulan Ogos, sambil menambah kepada tanda-tanda bahawa eksport boleh membantu merangsang pertumbuhan dalam ekonomi terbesar Eropah pada suku ketiga 2015.

[adrotate group=”6″]

Indeks pengurus pembelian Markit (PMI) untuk perkilangan, yang membentuk kira-kira satu perlima daripada ekonomi Jerman, meningkat kepada 53.3 daripada 51.8 pada bulan Julai. Itu adalah di atas garis 50 yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan dan sedikit lebih tinggi daripada anggaran awal sebanyak 53.2.

Kadar pengangguran selepas pelarasan bermusim bagi 19 negara Eropah pula, menurun kepada 10.9% pada bulan Julai daripada 11.1% pada bulan Jun, menurut Eurostat-pejabat statistik Kesatuan Eropah di Luxembourg, semalam. Angka itu adalah yang paling rendah sejak Februari 2012 dan di bawah ramalan median sebanyak 11.1% dalam kaji selidik ahli ekonomi Bloomberg.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat